1. BANYA
Di Rusia, mengunjungi sauna (yang dipanggil Banya) adalah perkara yang macam biasa, ala macam tak heranlah, kalau kita kat sini mungkin kalau kawan-kawan korang pergi, mesti ada jer stigma kau kat dia. Orang kayalah, metroseksuallah, poyolah, tak pentinglah. Hmm. Kat Rusia dianggap aktiviti biasa & biasa mereka tu bukan biasa-biasa tapi yang dianggap aktiviti yang gila popular. Aku sembang-sembang ni, kau tau apa tu sauna tak?
2. BORSCHT
Suasana & cuaca sejuk memang banyak mempengaruhi pemakanan & jenis hidangan kat sana. Kalau sini, cuaca dah panas pun kita bantai makanan panas-panas sebab orang kita suka benda panas & mudah cepat panas. Borscht ni dihidangkan sejuk atau panas, boleh dianggap makanan berat & sup penuh nutrisi walaupun ianya hanya sebagai pencuci mulut ibarat orang panggil kat sini. Bahannya terdiri daripada daging, tomato & kentang, juga daging ayam. Nampak sedap, lepas makan terus power cakap Rusia. Rusia, Rusia, Rusia.
3. RUSSIAN DOLLS (MATRYOSHKAS)
Ia dah ibarat simbol negara Rusia & patung ini sememangnya popular dikalangan pelancong sebagai buah tangan paling sesuai nak dibawa balik. Diperbuat daripada kayu & diwarnakan dengan teknik seni tangan & dianggap patung yang mempunyai nilai jualan yang tinggi. Maksudnya, mahallah!
4. SUKAN
Bolasepak & Hoki Ais adalah dua sukan popular kat Rusia ni. Tapi kebiasaannya, Rusia memang asyik menang saja dalam acara suka Ski & Luncur Ais dalam mana-mana kejohanan besar. Yerla, dah hari-hari menghadap ais, memang powerlah. Cuma rasanya diorang tak makan ABC walaupun ais dah jadi macam darah daging. Entah diorang tau ker tak ABC tu apa.
5. TAMAN NEGARA
Ada lebih kurang 41 buah tempat yang diktiraf sebagai taman negara di Rusia, maka ini bererti serta-merta ianya adalah tempat lindungan. Kau takleh buat sembarang aktiviti kat sini. Tengok jer, jangan nak cabut, patahkanlah apalah. Kalau diikutkan, 41 ni antara satu angka yang tertinggi bagi sesebuah negara. Malaysia sendiri aku pun taktau ada berapa. Taman bunga banyaklah tempat budak-budak sekolah yang baru di alam fana cinta berdating. Lantak sana. Losiny Ostrov National Park merupakan taman negara yang pertama di Rusia, dimana ianya terletak di Moscow.
https://en.wikipedia.org/wiki/Losiny_Ostrov_National_Park
6. MINUMAN POPULAR
Vodka diakui sebagai minuman beralkohol paling popular di sana kerana dengan cuaca yang boleh dianggap sangat sejuk, vodka dijadikan sebagai hidangan pemanas badan. Paling sesuai rasanya minum sambil memakai jaket & selimut, barangkali dapatlah mempercepatkan proses memanaskan badan tu tapi ni sekadar cadangan jer. Kita sebagai orang yang tak boleh minum minuman beralkohol, eloklah memakai toto tebal saja ketika bersiar-siar dan melancong di sana.
7. WHITE NIGHTS
Ini acara istimewa yang sepatutnya tidak dilepaskan oleh mana-mana pelancong yang datang ke Rusia terutamanya ketika di St.Petersburg. Yerla, kalau setakat datang bercuti, tidur kat hotel siang membawak ke malam, baik kau pergi Genting Highlands. Sejuk pun sejuk. Acara ini selalu berlangsung masa bulan Jun & Julai di kemuncak musim panas, dimana waktu malamnya lebih panjang & seluruh negara rancak dengan beberapa siri acara tarian klasik, opera, hiburan tradisional, tarian & persembahan penyanyi, lakonan & filem, kira festival seni negaralah. Itu pun taktau. Lembap. Lembab. Apapun keseluruhan acara ini biasanya diuruskan & dianjurkan oleh Saint Petersburg City Administrative. Festival gempak ni dipanggil White Nights Festival.
8. STRUKTUR BINAAN & BUDAYA
Kalau perasan, jika teringat Rusia atau ternampak mana-mana pengiklanan pasal Rusia, mesti dia gambarkan bentuk bangunan macam kat atas. Dah rupa biskut gula yer tak. Ini dinamakan bangunan berkubah atau diistilahkan sebagai "Union Dome" iaitu bangunan berkubah ala bawang. Bentuknya yang unik, menarik, dah menjadi daya tarikan utama sebab ia dah sebati sebagai melambangkan "Rusia" dalam kekayaan serta keunikan rekabentuknya. Kalau datang ke Rusia, kalau nak buktikan betul kita sampai ke sana, mestilah singgah sambil berfoto di St.Basil Cathedral, barulah power! Sambil-sambil tangkap gambar tu, jangan terkejut kalau terdengar mereka yang lalu lalang berbahasa pelik-pelik & pelbagai gaya sebab di Rusia ni ada lebih 160 etnik yang bercakap lebih dari 100 jenis bahasa. Pheww! Populasi kat sini rata-rata bercakap bahasia Rusia, manakala Tetrian adalah bahasa kedua utama & ke 2 teramai yang dipakai tetapi cuma 5% digunakan penduduk Rusia sebagai bahasa perantara. Begitulah pecahannya menamppak betapa bahasa ke 2 terpenting pun cuma 5%. Memang sah banyak bahasa banyaklah mulutnya. Gila power!
Kalau korang rasa Rusia ni menarik, pergilah. Rujuk di sini, mungkin bolehlah membantu mana-mana yang kau rasa kabur tu.
No comments:
Post a Comment