Sunday, 27 September 2015

Selamat Hari Raya Haji!



Salam Aidiladha & Selamat Hari Raya Haji, 1436H atau secara masehinya sudah 2015.

Sebenarnya banyak kebaikan ibadah korban ni, selain merupakan satu ibadah yang disukai Rasulullah S.AW. Hukum nak laksanakan korban ni Sunat Muakkad (sunat yang amat digalakkan dalam Islam), jadi bagi mereka yang berkelapangan & ada kemampuan lebih, bolehlah lakukannya selagi kau tu Muslim, baligh, bukan hamba & merdeka serta mempunyai kemampuan.

Dahlah sebagai tanda memperingati kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam & puteranya Nabi Ismail Alaihissalam, ibadah ini ada banyak kesan baiknya kepada masyarakat, jangan kau taktau. Bila raya haji, kau akan balik kampung jadi kau akan tengok rupa terkini kampung kau kot mana pokok dah kena tebang mana pencawang dah naik, bila pergi sembahyang kau dapat jumpa orang kampung, kau dapat pahala, kau dapat gayakan baju melayu yang tak sempat pakai masa raya puasa dulu sebab tertidur, habis sembahyang dapat tengok lembu yang akan dikorban tapi janganlah kau tengok saja, cubalah tolong-tolong apa yang patut. Paling tak tolong snapkan foto. Dahlah balik pun setahun dua kali. Dagingnya tu kan boleh dikongsi & disedekah pada yang memerlukan tu. Belajar budaya berkorban & saling membantu, cukuplah pentingkan diri, tak jutawan pun kau.

Nampak tak, betapa harmoni, bersangkut-paut hal ini dengan satu sama lain, kalau kau buat, kau memang power! Baik pun baik di sisi Allah. Ini benda tak baik, cepat jer kau kejar. Dahlah, bye. Aku nak pergi beli Big Mac McDonalds ni. Support USA. Katanya kalau barang USA kualiti tinggi.

No comments:

Post a Comment