Tuesday, 6 October 2015

Negara Dengan Undang-Undang Pelik!


Kalau kurang membaca & meneliti, korang akan tahu apa yang korang dah tahu je, itu mewujudkan perasaan 'memadai'. Dengan adanya teknologi internet yang pesat, handphone canggih dan terkini, dengan adanya pelbagai platform seperti Instagram, Facebook, Whatsapp Group, Wechat, Line, Blog & macam-macam lagi, kita sebenarnya boleh mengetahui pelbagai isu, hal & perkara yang kita mahu hanya dihujung jari sepantas mungkin melainkan kau tak langgan data internet sebab takda duit atau dalam bahasa lainnya kau kedekut. Cuma peliknya dalam hal ni, sedar atau tak kita hanya mencari benda yang kita sediakala tahu. Bagaimana untuk mencari informasi yang kita tak tahu lalu kita menjadi tahu? Adakah dengan bersikap mula berkawan teman gaul yang tak sehaluan, adakah dengan bertanya kepada kawan terdekat & dipercayai, adakah dengan travel ke serata dunia, adakah dengan hanya duduk diam? Korang rasa? Masam? Itu ketiak kau.

Pada aku, jenis pergaulan, rakan sekeliling, bagaimana kita membesar dan ingin dibentuk itu akan menentukan apa makanan untuk pemikiran kau sendiri. Ada makanan yang kau makan akan serta-merta menjadi mual, ada yang memberi kesan alahan, ada yang menjadikan kau cirit-birit, ada yang membuatkan kau kenyang tapi sekadar kenyang, ada yang membuatkan kau was-was tapi hanya kau tahu selepas mencuba, ada yang akan impak kesihatan kau untuk masa mendatang jika diamal, pendek kata apa yang kau cuba makan adalah apa yang kau bakal hadam. Jauh mana kau berjaya hadam, adalah bergantung bagaimana kau memilih makanan itu, jauh mana keterbukaan akal fikir kau merasakan ianya memberi manfaat kepada otak kau dan juga masa depan kau. Kau kena jadi orang yang halus & psiko baru banyak benda kau tahu. Kau jangan nak manjakan sangat otak kau tu. Time sekolah ponteng, time tuisyen kau menyimpang, time dekat kolej kau sibuk bercinta saja pakai PTPTN, jadinya bila lagi kau nak jadi bijak macam aku? Kau suka kena tipu? Eloklah tu. Dah sana, baca benda kat bawah ni.

Dengan kepadatan penduduk melebihi 7 bilion kat dunia ni, apa kau tak bayang kalau tiap negara takda undang-undang? Aku ingat mau ada orang yang berak kat atas kereta kau bila dah tak tahan, ada yang masuk rumah kau terus pergi dapur memasak, ada yang pergi zoo lalu masuk kandang harimau lalu terus menyepak muka harimau, ada yang... berapa kali nak ada yang ada yang lah!. Rileks, menulis bukan ada undang-undang pun, cuma kena hati-hati. Huhu! Nak buat buku ada undang-undang. :D

So, negara seperti China, India, United States & Indonesia merupakan antara Top 4 negara paling padat penduduknya. Pelbagai undang-undang di setiap negara telah diperkenalkan oleh kerajaan masing-masing, maka dengan itulah terselitnya undang-undang yang pelik untuk handle orang-orang pelik macam kau tu. Dah, baca kat bawah ni, baca jangan sambil garu-garu lutut atau kepala, ini undang-undang aku.

1. DIHALANG MEMEGANG JAWATAN! PELIK!
7 daripada keseluruhan 50 negeri  yang ada di United States dikatakan, dikatakan ya, sistem pemerintahannya mengenakan undang-undang supaya sesiapa yang dikatakan Atheist (tidak mempercayai kewujudan tuhan) maka tidak boleh memegang jawatan di dalam mana-mana badan sivil & pejabat pengamal undang-undang. Negeri yang terbabit katanya, katanya ya, adalah di Maryland, Arkansas, North Carolina, Tennessee, Texas, South Carolina & Mississippi.

2. MESTI PENYANYI DARI KANADA! PELIK!
CRTC (Canadian Radio and Television Comission) menetapkan setiap lima lagu yang dimainkan setidaknya mesti ada satu yang dinyanyikan oleh penyanyi dari Kanada. Macam pelik, tapi baguslah dia buat begini, taklah bungkus penyanyi dia kalau dah asyik pasang lagu dari Thailand. Katanya diorang minat betul dengan gajah.


3. POLIS BOLEH BUAT APA SAJA! 
PELIK!
Di Greece, polis dibenarkan menahan sesiapa saja yang disyaki menghidap HIV, mereka juga berhak untuk membuat ujian HIV, malah boleh menghalang penghidap tersebut dari menduduki rumah tempat tinggalnya sekarang. Maksudnya, dia tak boleh balik rumah tu dah. Fuh! Ini mesti betul nak banteras HIV supaya tak tersebar. Kalau negara lain, cara untuk mengelak HIV adalah dengan menggunakan belon. Pelikkan? Bayangkan masa dia ditahan tu, dia berada kat kedai runcit nak beli garam, apa jadi kat kuali dia. Sebab tadi dia tengah memasak sebelum ke kedai! Mau meletup tuh!
Terla, dah tak boleh balik rumah. Hmm. Faham ker tu.


4. BERCERAI ADALAH SALAH! PELIK!
Hanya di dua negara iaitu Filipina & The Vatican perceraiaan dianggap salah & tidak sah. Yang peliknya, Vatican ni negara ker? Kalau kat negara kita, dikhabarkan mencincang air takkan putus adalah tidak salah. Jadi, aku tak pasti ini ada kaitan atau tak dengan kes cerai tu, korang pandai-pandailah membezakan.


5. SALAH KALAU PIJAK DUIT! 
PELIK!
Undang-undang aneh ni cuma ada di Thailand dimana memijak duit adalah salah. Itulah powernya nilai duit. Hmm! Mungkin pijak kepala takpa kot kalau kau pergi sana.


6. KAHWIN DENGAN ORANG MATI! PELIK!

Di France, adalah kesalahan besar jika seseorang berkahwin dengan orang yang sudah mati. Apa punya undang-undang ni, ada juga orang yang nak kahwin dengan orang mati ker? Betul punya pelik. Mungkin sebelum ni banyak terjadi kat Perancis ramai orang kahwin dengan orang yang dah mati, itu yang ditegakkan undang-undang pelik ni. France dengan Perancis tu sama, kau jangan taktau.


7. JANGAN CAKAP DIA GAY! 
PELIK!
Di Rusia pula, Vladimir Putin membuat satu undang-undang baru iaitu orang dewasa tidak dibenarkan memberitahu kepada kanak-kanak bahawa golongan gay itu wujud. Err. Putin, lu jangan main gila. Ini undang-undang apa ni. Lain macam pulak. Kau tau siapa Vladimir Putin tak? Mangkuk.


8. KAU GEMUK, KAU AKAN KENA TINDAKAN! PELIK!

Kegemukan akan menjadi satu kesalahan dan akan diambil tindakan, inilah undang-undang yang mula diperkenalkan sejak 2009 oleh Jepun. Walhal negara inilah yang membawa sukan Sumo dimana peserta & ahlinya sememangnya kurus-kurus belaka. Lelaki yang melebihi usia 40 tahun, tidak boleh memiliki ukurlilit perut melebihi 31 inci manakala perempuan tidak boleh melebihi 35 inci. Kalau satu negara semua kurus dan tegap, memang powerlah! Mungkin nak suruh rakyatnya sihat. Mungkinlah.


9. PAKAI BAJU PEREMPUAN TAKPA! PELIK!

Australia membenarkan rakyatnya yang berjantina lelaki untuk memakai baju perempuan (crossdresser) & menggayakannya asalkan baju pilihan mamat tu semua bertali. Jangan tak bertali ya. Macam ni pun boleh dijadikan undang-undang?


10. KAU MURAM AKU SAMAN! PELIK!

Sesiapa yang tak senyum di bandar Milan, Itali jika tertangkap maka akan dikenakan denda yang berat. Taktaulah berapa kilo beratnya. Kalau taknak gak senyum, cuma dibenarkan masa di dua kawasan ni saja iaitu di tanah perkuburan sewaktu acara kematian dan di hospital sewaktu melawat pesakit. Pastikan masa membuang kau senyum luas-luas. Kalau tak, kau akan menyesal tak sudah. Milan ni kota fesyen, punyalah dia nak bandar ni jadi terbaik di mata pelancong serata dunia, tergamak dia buat undang-undang pelik ni. 


11. SALAH GAM, HABISLAH! PELIK!

Britain mengamalkan salah satu undang-undang pelik dimana kalau didapati sesiapa menampal setem dengan secara terbalik wajah Raja-Raja di sampul surat (envelop) mereka, siaplah! Bayangkan kalau hukumannya kau disuruh baca surat tu kuat-kuat di depan orang ramai sebagai tanda pengajaran. Kena pula surat cinta, ayat lak bukan main jiwang kanda dinda, bapak malu woi! Siaran live kat tv lagi. Persoalannya, ada lagi ker orang hantar surat cinta guna envelop? Cerai pun dah pakai SMS jer.


12. TAK IKUT MASA, MEMANG SALAH! PELIK!

Di Honolulu Hawaii, menyanyi selepas waktu terbenamnya matahari dianggap salah. Salah sekiranya menyanyi secara kuat-kuat. Yerla, kalau kat Malaysia tak kira siang malam, cuba kau nyanyi kuat-kuat sebelah telinga kawan kau, betul-betul lagi satu inci bibir hitam kau tu nak bersentuhan dengan cuping telinga dia, mau tak makan pelempang. Memekak je katanya. Kau rasa? Tapi di Switzerland pula kalau nak cerita pasal masa lagilah pelik, undang-undangnya tak benarkan kau flush atau membuang air takungan dalam tab mandi yang dah kotor selepas jam 10 malam. Kalau dah tak tahan, kau kena tahan gak tunggu esok. Kalau buang gak, takleh flush, memang baunya harum gurih nikmat lepas tu. Nyaman! Nak mandi pun tak boleh. Rasanya untuk ketenangan jiran supaya kau tak membising. Dinding rumah diorang nipis kot?


Dah, itu saja. Kalau nak tahu benar atau tidak, kau kajilah sendiri lebih mendalam. Kalau aku sahkan semua ni benar dengan bukti-bukti kukuh, memang sampai 3 kali subuh pun baca tak habis. Takkan kau tak pergi kerja, tak pergi kolej, sekolah, asyik menghadap benda ni. Pergi sebarkan sana kat kawan-kawan cerita ni sekarang. Biar diorang terkejut ko sekarang nampak lebih berfikiran global dan maju. 

Monday, 5 October 2015

8 Fakta Kena Tahu Tentang Rusia!


1. BANYA
Di Rusia, mengunjungi sauna (yang dipanggil Banya) adalah perkara yang macam biasa, ala macam tak heranlah, kalau kita kat sini mungkin kalau kawan-kawan korang pergi, mesti ada jer stigma kau kat dia. Orang kayalah, metroseksuallah, poyolah, tak pentinglah. Hmm. Kat Rusia dianggap aktiviti biasa & biasa mereka tu bukan biasa-biasa tapi yang dianggap aktiviti yang gila popular. Aku sembang-sembang ni, kau tau apa tu sauna tak? 



2. BORSCHT
Suasana & cuaca sejuk memang banyak mempengaruhi pemakanan & jenis hidangan kat sana. Kalau sini, cuaca dah panas pun kita bantai makanan panas-panas sebab orang kita suka benda panas & mudah cepat panas. Borscht ni dihidangkan sejuk atau panas, boleh dianggap makanan berat & sup penuh nutrisi walaupun ianya hanya sebagai pencuci mulut ibarat orang panggil kat sini. Bahannya terdiri daripada daging, tomato & kentang, juga daging ayam. Nampak sedap, lepas makan terus power cakap Rusia. Rusia, Rusia, Rusia.


3. RUSSIAN DOLLS (MATRYOSHKAS)
Ia dah ibarat simbol negara Rusia & patung ini sememangnya popular dikalangan pelancong sebagai buah tangan paling sesuai nak dibawa balik. Diperbuat daripada kayu & diwarnakan dengan teknik seni tangan & dianggap patung yang mempunyai nilai jualan yang tinggi. Maksudnya, mahallah!



4. SUKAN
Bolasepak & Hoki Ais adalah dua sukan popular kat Rusia ni. Tapi kebiasaannya, Rusia memang asyik menang saja dalam acara suka Ski & Luncur Ais dalam mana-mana kejohanan besar. Yerla, dah hari-hari menghadap ais, memang powerlah. Cuma rasanya diorang tak makan ABC walaupun ais dah jadi macam darah daging. Entah diorang tau ker tak ABC tu apa.



5. TAMAN NEGARA
Ada lebih kurang 41 buah tempat yang diktiraf sebagai taman negara di Rusia, maka ini bererti serta-merta ianya adalah tempat lindungan. Kau takleh buat sembarang aktiviti kat sini. Tengok jer, jangan nak cabut, patahkanlah apalah. Kalau diikutkan, 41 ni antara satu angka yang tertinggi bagi sesebuah negara. Malaysia sendiri aku pun taktau ada berapa. Taman bunga banyaklah tempat budak-budak sekolah yang baru di alam fana cinta berdating. Lantak sana. Losiny Ostrov National Park merupakan taman negara yang pertama di Rusia, dimana ianya terletak di Moscow.

https://en.wikipedia.org/wiki/Losiny_Ostrov_National_Park



6. MINUMAN POPULAR
Vodka diakui sebagai minuman beralkohol paling popular di sana kerana dengan cuaca yang boleh dianggap sangat sejuk, vodka dijadikan sebagai hidangan pemanas badan. Paling sesuai rasanya minum sambil memakai jaket & selimut, barangkali dapatlah mempercepatkan proses memanaskan badan tu tapi ni sekadar cadangan jer. Kita sebagai orang yang tak boleh minum minuman beralkohol, eloklah memakai toto tebal saja ketika bersiar-siar dan melancong di sana.



7. WHITE NIGHTS
Ini acara istimewa yang sepatutnya tidak dilepaskan oleh mana-mana pelancong yang datang ke Rusia terutamanya ketika di St.Petersburg. Yerla, kalau setakat datang bercuti, tidur kat hotel siang membawak ke malam, baik kau pergi Genting Highlands. Sejuk pun sejuk. Acara ini selalu berlangsung masa bulan Jun & Julai di kemuncak musim panas, dimana waktu malamnya lebih panjang & seluruh negara rancak dengan beberapa siri acara tarian klasik, opera, hiburan tradisional, tarian & persembahan penyanyi, lakonan & filem, kira festival seni negaralah. Itu pun taktau. Lembap. Lembab. Apapun keseluruhan acara ini biasanya diuruskan & dianjurkan oleh Saint Petersburg City Administrative.  Festival gempak ni dipanggil White Nights Festival.



8. STRUKTUR BINAAN & BUDAYA
Kalau perasan, jika teringat Rusia atau ternampak mana-mana pengiklanan pasal Rusia, mesti dia gambarkan bentuk bangunan macam kat atas. Dah rupa biskut gula yer tak. Ini dinamakan bangunan berkubah atau diistilahkan sebagai "Union Dome" iaitu bangunan berkubah ala bawang. Bentuknya yang unik, menarik, dah menjadi daya tarikan utama sebab ia dah sebati sebagai melambangkan "Rusia" dalam kekayaan serta keunikan rekabentuknya. Kalau datang ke Rusia, kalau nak buktikan betul kita sampai ke sana, mestilah singgah sambil berfoto di St.Basil Cathedral, barulah power! Sambil-sambil tangkap gambar tu, jangan terkejut kalau terdengar mereka yang lalu lalang berbahasa pelik-pelik & pelbagai gaya sebab di Rusia ni ada lebih 160 etnik yang bercakap lebih dari 100 jenis bahasa. Pheww! Populasi kat sini rata-rata bercakap bahasia Rusia, manakala Tetrian adalah bahasa kedua utama & ke 2 teramai yang dipakai tetapi cuma 5%  digunakan penduduk Rusia sebagai bahasa perantara. Begitulah pecahannya menamppak betapa bahasa ke 2 terpenting pun cuma 5%. Memang sah banyak bahasa banyaklah mulutnya. Gila power!

Kalau korang rasa Rusia ni menarik, pergilah. Rujuk di sini, mungkin bolehlah membantu mana-mana yang kau rasa kabur tu.