Tuesday, 6 October 2015

Negara Dengan Undang-Undang Pelik!


Kalau kurang membaca & meneliti, korang akan tahu apa yang korang dah tahu je, itu mewujudkan perasaan 'memadai'. Dengan adanya teknologi internet yang pesat, handphone canggih dan terkini, dengan adanya pelbagai platform seperti Instagram, Facebook, Whatsapp Group, Wechat, Line, Blog & macam-macam lagi, kita sebenarnya boleh mengetahui pelbagai isu, hal & perkara yang kita mahu hanya dihujung jari sepantas mungkin melainkan kau tak langgan data internet sebab takda duit atau dalam bahasa lainnya kau kedekut. Cuma peliknya dalam hal ni, sedar atau tak kita hanya mencari benda yang kita sediakala tahu. Bagaimana untuk mencari informasi yang kita tak tahu lalu kita menjadi tahu? Adakah dengan bersikap mula berkawan teman gaul yang tak sehaluan, adakah dengan bertanya kepada kawan terdekat & dipercayai, adakah dengan travel ke serata dunia, adakah dengan hanya duduk diam? Korang rasa? Masam? Itu ketiak kau.

Pada aku, jenis pergaulan, rakan sekeliling, bagaimana kita membesar dan ingin dibentuk itu akan menentukan apa makanan untuk pemikiran kau sendiri. Ada makanan yang kau makan akan serta-merta menjadi mual, ada yang memberi kesan alahan, ada yang menjadikan kau cirit-birit, ada yang membuatkan kau kenyang tapi sekadar kenyang, ada yang membuatkan kau was-was tapi hanya kau tahu selepas mencuba, ada yang akan impak kesihatan kau untuk masa mendatang jika diamal, pendek kata apa yang kau cuba makan adalah apa yang kau bakal hadam. Jauh mana kau berjaya hadam, adalah bergantung bagaimana kau memilih makanan itu, jauh mana keterbukaan akal fikir kau merasakan ianya memberi manfaat kepada otak kau dan juga masa depan kau. Kau kena jadi orang yang halus & psiko baru banyak benda kau tahu. Kau jangan nak manjakan sangat otak kau tu. Time sekolah ponteng, time tuisyen kau menyimpang, time dekat kolej kau sibuk bercinta saja pakai PTPTN, jadinya bila lagi kau nak jadi bijak macam aku? Kau suka kena tipu? Eloklah tu. Dah sana, baca benda kat bawah ni.

Dengan kepadatan penduduk melebihi 7 bilion kat dunia ni, apa kau tak bayang kalau tiap negara takda undang-undang? Aku ingat mau ada orang yang berak kat atas kereta kau bila dah tak tahan, ada yang masuk rumah kau terus pergi dapur memasak, ada yang pergi zoo lalu masuk kandang harimau lalu terus menyepak muka harimau, ada yang... berapa kali nak ada yang ada yang lah!. Rileks, menulis bukan ada undang-undang pun, cuma kena hati-hati. Huhu! Nak buat buku ada undang-undang. :D

So, negara seperti China, India, United States & Indonesia merupakan antara Top 4 negara paling padat penduduknya. Pelbagai undang-undang di setiap negara telah diperkenalkan oleh kerajaan masing-masing, maka dengan itulah terselitnya undang-undang yang pelik untuk handle orang-orang pelik macam kau tu. Dah, baca kat bawah ni, baca jangan sambil garu-garu lutut atau kepala, ini undang-undang aku.

1. DIHALANG MEMEGANG JAWATAN! PELIK!
7 daripada keseluruhan 50 negeri  yang ada di United States dikatakan, dikatakan ya, sistem pemerintahannya mengenakan undang-undang supaya sesiapa yang dikatakan Atheist (tidak mempercayai kewujudan tuhan) maka tidak boleh memegang jawatan di dalam mana-mana badan sivil & pejabat pengamal undang-undang. Negeri yang terbabit katanya, katanya ya, adalah di Maryland, Arkansas, North Carolina, Tennessee, Texas, South Carolina & Mississippi.

2. MESTI PENYANYI DARI KANADA! PELIK!
CRTC (Canadian Radio and Television Comission) menetapkan setiap lima lagu yang dimainkan setidaknya mesti ada satu yang dinyanyikan oleh penyanyi dari Kanada. Macam pelik, tapi baguslah dia buat begini, taklah bungkus penyanyi dia kalau dah asyik pasang lagu dari Thailand. Katanya diorang minat betul dengan gajah.


3. POLIS BOLEH BUAT APA SAJA! 
PELIK!
Di Greece, polis dibenarkan menahan sesiapa saja yang disyaki menghidap HIV, mereka juga berhak untuk membuat ujian HIV, malah boleh menghalang penghidap tersebut dari menduduki rumah tempat tinggalnya sekarang. Maksudnya, dia tak boleh balik rumah tu dah. Fuh! Ini mesti betul nak banteras HIV supaya tak tersebar. Kalau negara lain, cara untuk mengelak HIV adalah dengan menggunakan belon. Pelikkan? Bayangkan masa dia ditahan tu, dia berada kat kedai runcit nak beli garam, apa jadi kat kuali dia. Sebab tadi dia tengah memasak sebelum ke kedai! Mau meletup tuh!
Terla, dah tak boleh balik rumah. Hmm. Faham ker tu.


4. BERCERAI ADALAH SALAH! PELIK!
Hanya di dua negara iaitu Filipina & The Vatican perceraiaan dianggap salah & tidak sah. Yang peliknya, Vatican ni negara ker? Kalau kat negara kita, dikhabarkan mencincang air takkan putus adalah tidak salah. Jadi, aku tak pasti ini ada kaitan atau tak dengan kes cerai tu, korang pandai-pandailah membezakan.


5. SALAH KALAU PIJAK DUIT! 
PELIK!
Undang-undang aneh ni cuma ada di Thailand dimana memijak duit adalah salah. Itulah powernya nilai duit. Hmm! Mungkin pijak kepala takpa kot kalau kau pergi sana.


6. KAHWIN DENGAN ORANG MATI! PELIK!

Di France, adalah kesalahan besar jika seseorang berkahwin dengan orang yang sudah mati. Apa punya undang-undang ni, ada juga orang yang nak kahwin dengan orang mati ker? Betul punya pelik. Mungkin sebelum ni banyak terjadi kat Perancis ramai orang kahwin dengan orang yang dah mati, itu yang ditegakkan undang-undang pelik ni. France dengan Perancis tu sama, kau jangan taktau.


7. JANGAN CAKAP DIA GAY! 
PELIK!
Di Rusia pula, Vladimir Putin membuat satu undang-undang baru iaitu orang dewasa tidak dibenarkan memberitahu kepada kanak-kanak bahawa golongan gay itu wujud. Err. Putin, lu jangan main gila. Ini undang-undang apa ni. Lain macam pulak. Kau tau siapa Vladimir Putin tak? Mangkuk.


8. KAU GEMUK, KAU AKAN KENA TINDAKAN! PELIK!

Kegemukan akan menjadi satu kesalahan dan akan diambil tindakan, inilah undang-undang yang mula diperkenalkan sejak 2009 oleh Jepun. Walhal negara inilah yang membawa sukan Sumo dimana peserta & ahlinya sememangnya kurus-kurus belaka. Lelaki yang melebihi usia 40 tahun, tidak boleh memiliki ukurlilit perut melebihi 31 inci manakala perempuan tidak boleh melebihi 35 inci. Kalau satu negara semua kurus dan tegap, memang powerlah! Mungkin nak suruh rakyatnya sihat. Mungkinlah.


9. PAKAI BAJU PEREMPUAN TAKPA! PELIK!

Australia membenarkan rakyatnya yang berjantina lelaki untuk memakai baju perempuan (crossdresser) & menggayakannya asalkan baju pilihan mamat tu semua bertali. Jangan tak bertali ya. Macam ni pun boleh dijadikan undang-undang?


10. KAU MURAM AKU SAMAN! PELIK!

Sesiapa yang tak senyum di bandar Milan, Itali jika tertangkap maka akan dikenakan denda yang berat. Taktaulah berapa kilo beratnya. Kalau taknak gak senyum, cuma dibenarkan masa di dua kawasan ni saja iaitu di tanah perkuburan sewaktu acara kematian dan di hospital sewaktu melawat pesakit. Pastikan masa membuang kau senyum luas-luas. Kalau tak, kau akan menyesal tak sudah. Milan ni kota fesyen, punyalah dia nak bandar ni jadi terbaik di mata pelancong serata dunia, tergamak dia buat undang-undang pelik ni. 


11. SALAH GAM, HABISLAH! PELIK!

Britain mengamalkan salah satu undang-undang pelik dimana kalau didapati sesiapa menampal setem dengan secara terbalik wajah Raja-Raja di sampul surat (envelop) mereka, siaplah! Bayangkan kalau hukumannya kau disuruh baca surat tu kuat-kuat di depan orang ramai sebagai tanda pengajaran. Kena pula surat cinta, ayat lak bukan main jiwang kanda dinda, bapak malu woi! Siaran live kat tv lagi. Persoalannya, ada lagi ker orang hantar surat cinta guna envelop? Cerai pun dah pakai SMS jer.


12. TAK IKUT MASA, MEMANG SALAH! PELIK!

Di Honolulu Hawaii, menyanyi selepas waktu terbenamnya matahari dianggap salah. Salah sekiranya menyanyi secara kuat-kuat. Yerla, kalau kat Malaysia tak kira siang malam, cuba kau nyanyi kuat-kuat sebelah telinga kawan kau, betul-betul lagi satu inci bibir hitam kau tu nak bersentuhan dengan cuping telinga dia, mau tak makan pelempang. Memekak je katanya. Kau rasa? Tapi di Switzerland pula kalau nak cerita pasal masa lagilah pelik, undang-undangnya tak benarkan kau flush atau membuang air takungan dalam tab mandi yang dah kotor selepas jam 10 malam. Kalau dah tak tahan, kau kena tahan gak tunggu esok. Kalau buang gak, takleh flush, memang baunya harum gurih nikmat lepas tu. Nyaman! Nak mandi pun tak boleh. Rasanya untuk ketenangan jiran supaya kau tak membising. Dinding rumah diorang nipis kot?


Dah, itu saja. Kalau nak tahu benar atau tidak, kau kajilah sendiri lebih mendalam. Kalau aku sahkan semua ni benar dengan bukti-bukti kukuh, memang sampai 3 kali subuh pun baca tak habis. Takkan kau tak pergi kerja, tak pergi kolej, sekolah, asyik menghadap benda ni. Pergi sebarkan sana kat kawan-kawan cerita ni sekarang. Biar diorang terkejut ko sekarang nampak lebih berfikiran global dan maju. 

Monday, 5 October 2015

8 Fakta Kena Tahu Tentang Rusia!


1. BANYA
Di Rusia, mengunjungi sauna (yang dipanggil Banya) adalah perkara yang macam biasa, ala macam tak heranlah, kalau kita kat sini mungkin kalau kawan-kawan korang pergi, mesti ada jer stigma kau kat dia. Orang kayalah, metroseksuallah, poyolah, tak pentinglah. Hmm. Kat Rusia dianggap aktiviti biasa & biasa mereka tu bukan biasa-biasa tapi yang dianggap aktiviti yang gila popular. Aku sembang-sembang ni, kau tau apa tu sauna tak? 



2. BORSCHT
Suasana & cuaca sejuk memang banyak mempengaruhi pemakanan & jenis hidangan kat sana. Kalau sini, cuaca dah panas pun kita bantai makanan panas-panas sebab orang kita suka benda panas & mudah cepat panas. Borscht ni dihidangkan sejuk atau panas, boleh dianggap makanan berat & sup penuh nutrisi walaupun ianya hanya sebagai pencuci mulut ibarat orang panggil kat sini. Bahannya terdiri daripada daging, tomato & kentang, juga daging ayam. Nampak sedap, lepas makan terus power cakap Rusia. Rusia, Rusia, Rusia.


3. RUSSIAN DOLLS (MATRYOSHKAS)
Ia dah ibarat simbol negara Rusia & patung ini sememangnya popular dikalangan pelancong sebagai buah tangan paling sesuai nak dibawa balik. Diperbuat daripada kayu & diwarnakan dengan teknik seni tangan & dianggap patung yang mempunyai nilai jualan yang tinggi. Maksudnya, mahallah!



4. SUKAN
Bolasepak & Hoki Ais adalah dua sukan popular kat Rusia ni. Tapi kebiasaannya, Rusia memang asyik menang saja dalam acara suka Ski & Luncur Ais dalam mana-mana kejohanan besar. Yerla, dah hari-hari menghadap ais, memang powerlah. Cuma rasanya diorang tak makan ABC walaupun ais dah jadi macam darah daging. Entah diorang tau ker tak ABC tu apa.



5. TAMAN NEGARA
Ada lebih kurang 41 buah tempat yang diktiraf sebagai taman negara di Rusia, maka ini bererti serta-merta ianya adalah tempat lindungan. Kau takleh buat sembarang aktiviti kat sini. Tengok jer, jangan nak cabut, patahkanlah apalah. Kalau diikutkan, 41 ni antara satu angka yang tertinggi bagi sesebuah negara. Malaysia sendiri aku pun taktau ada berapa. Taman bunga banyaklah tempat budak-budak sekolah yang baru di alam fana cinta berdating. Lantak sana. Losiny Ostrov National Park merupakan taman negara yang pertama di Rusia, dimana ianya terletak di Moscow.

https://en.wikipedia.org/wiki/Losiny_Ostrov_National_Park



6. MINUMAN POPULAR
Vodka diakui sebagai minuman beralkohol paling popular di sana kerana dengan cuaca yang boleh dianggap sangat sejuk, vodka dijadikan sebagai hidangan pemanas badan. Paling sesuai rasanya minum sambil memakai jaket & selimut, barangkali dapatlah mempercepatkan proses memanaskan badan tu tapi ni sekadar cadangan jer. Kita sebagai orang yang tak boleh minum minuman beralkohol, eloklah memakai toto tebal saja ketika bersiar-siar dan melancong di sana.



7. WHITE NIGHTS
Ini acara istimewa yang sepatutnya tidak dilepaskan oleh mana-mana pelancong yang datang ke Rusia terutamanya ketika di St.Petersburg. Yerla, kalau setakat datang bercuti, tidur kat hotel siang membawak ke malam, baik kau pergi Genting Highlands. Sejuk pun sejuk. Acara ini selalu berlangsung masa bulan Jun & Julai di kemuncak musim panas, dimana waktu malamnya lebih panjang & seluruh negara rancak dengan beberapa siri acara tarian klasik, opera, hiburan tradisional, tarian & persembahan penyanyi, lakonan & filem, kira festival seni negaralah. Itu pun taktau. Lembap. Lembab. Apapun keseluruhan acara ini biasanya diuruskan & dianjurkan oleh Saint Petersburg City Administrative.  Festival gempak ni dipanggil White Nights Festival.



8. STRUKTUR BINAAN & BUDAYA
Kalau perasan, jika teringat Rusia atau ternampak mana-mana pengiklanan pasal Rusia, mesti dia gambarkan bentuk bangunan macam kat atas. Dah rupa biskut gula yer tak. Ini dinamakan bangunan berkubah atau diistilahkan sebagai "Union Dome" iaitu bangunan berkubah ala bawang. Bentuknya yang unik, menarik, dah menjadi daya tarikan utama sebab ia dah sebati sebagai melambangkan "Rusia" dalam kekayaan serta keunikan rekabentuknya. Kalau datang ke Rusia, kalau nak buktikan betul kita sampai ke sana, mestilah singgah sambil berfoto di St.Basil Cathedral, barulah power! Sambil-sambil tangkap gambar tu, jangan terkejut kalau terdengar mereka yang lalu lalang berbahasa pelik-pelik & pelbagai gaya sebab di Rusia ni ada lebih 160 etnik yang bercakap lebih dari 100 jenis bahasa. Pheww! Populasi kat sini rata-rata bercakap bahasia Rusia, manakala Tetrian adalah bahasa kedua utama & ke 2 teramai yang dipakai tetapi cuma 5%  digunakan penduduk Rusia sebagai bahasa perantara. Begitulah pecahannya menamppak betapa bahasa ke 2 terpenting pun cuma 5%. Memang sah banyak bahasa banyaklah mulutnya. Gila power!

Kalau korang rasa Rusia ni menarik, pergilah. Rujuk di sini, mungkin bolehlah membantu mana-mana yang kau rasa kabur tu.

Wednesday, 30 September 2015

Foto-Foto Pelik & Aneh Tak Sengaja Google Street View!


Google Street View ni adalah teknologi yang kini diletakkan dalam Google Maps & Google Earth. Korang boleh tengok secara ala 3D foto-foto yang disnap sepintas lalu oleh kenderaan Google yang bersepah merayau disetiap jalan & lorong. Tapi taklah sampai ke parit belakang rumah dan jamban kau pun dia nak hendap. Tujuan Google Street View ni diwujudkan salah satunya memudahkan sesiapa mendapat gambaran kasar tentang sesuatu tempat sebelum pergi bercuti atau travel ke situ. Ini antara foto-foto pelik & aneh yang berjaya dikumpul dari pelbagai sumber internet yang diambil dari Google Street View. Teknologi yang macam power!



Taktaulah apa yang sedang dibawa oleh lelaki ni. Nampak macam batang penyapu dengan sebijik tengkorak kat atasnya. Sama ada dia sedang menyapu lalu tengkorak tu melekat atau dia sedang membuat pemujaan siang hari. Entah mana yang betul pun taktaulah.


Tulah orang cakap bawak basikal tu pelan-pelan tapi taulah budak. Bukan main degil. Ini dapatnya. Entahlah nak.


Kupu-kupu yang tak sengaja melekat di lensa kereta yang membawa kamera Google Street View ni.


Nampak macam banduan Guantanamo Bay melarikan diri. Boleh jadi sebenarnya penduduk tempatan sedang jogging dengan pakaian ala-ala banduan. Mungkin dia suka konsep banduan. Dah itu hobinya, nak marah pun tak boleh.


Yang ini betul-betul memelikkan. Rumah punya selesa, bilik punyalah ada aircond, nak juga tidur dalam bonet. Entah betul ker tidak, aku pun taktau. Yang anjing sekor tu pun pergi ikut tuannya. Eloklah tu.


Bangunan meletup tapi mengeluarkan tahi burung aneh. Ini macam power!


Seorang lelaki tengah membawa monyetnya bersiar-siar dengan basikal Wild Wild Westnya. Kau tau tak movie nama ni ? Itulah, dapat gaji asyik tengok Adnan Sempit Munah Kepak, tu yang bila cakap kau jadi tak faham. Lain kali rajin-rajin mengkaji. Kalau buat lawak, senang sikit kau faham.


Tisu bertaburan tanda parti malam tadi sukses dengan jayanya. Manalah gadis-gadis parti yang seksi tak kelihatan pulak. Sama ada dah balik atau mungkin sedang dalam swimming pool belakang rumah. Perghh, sedaplah. Tak terbayang.


Kalau kat luar negara, rusa memang disediakan jalannya sendiri. Itulah linenya kat tepi. Kalau line jalannya kat tengah, tu jalan untuk beruk. Kalau tak percaya, tengok kat tempat kau. Yang bawak lori, bawak kereta, bawak motor, dah macam apa aku tengok. Yang baik-baik tu salam sikit. Korang memang manusia.


Harimau terlepas dari mana entah. Tengah cari KFC katanya. Kalau kat sini, ko ayahanda pun mau lari lintang-pukang. Gambar ni terjadi kat sebuah parking lot di sebuah negara tak diketahui negeri & daerahnya.


Adakah hantu atau lelaki kembar seiras yang suka berjalan dengan gerakan kaki seiring sejalan. Mungkin dia dulu seorang Ksatria, komander kawat agaknya. Macam pelik.


Jalan mati & menuju neraka ? Ish! Baik patah balik.


Yang ini kau buat kapsyen sendiri. Contohnya "budak pulang petang melihat awan". Aku takda idea.


Foto yang ditangkap di seluruh bandar ini, fotonya berubah menjadi macam ni. Eii, sewwrammm. Taktaulah kenapa. Nama tempat dirahsiakan. Sebab aku sendiri pun taktau. Ingatkan jodoh jer rahsia.


Ini patung ker, bangkai ker, orang betul ker, korang sajalah nilai. Foto ni tiada kaitan dengan Nilai 3, Negeri Sembilan. Mulut tu jaga sikit, jangan nak memandai.


 Lelaki berkumpul di tepi jalan menunggu bas untuk ke Pesta Belon Panas.


Ini sememangnya gangster. Masa kenderaan Google melalui jalan di sini, boleh lak dia acukan senapangnya. Thuglife! Respek abang kawasan. Hulurlah sepuluh ringgit, senyaplah dia tu kang.


Gambar pelik lagi seram ini ditangkap di sebuah balkoni di Nancy, France. Kelihatan seperti alien yang menyerupai Tiki Statue. Katanya kejiranan rumah ini terus meledak dengan populariti kerana ada yang percaya ini adalah sesuatu yang dikaitkan dengan makhluk asing.


Budak-budak zaman sekarang, asal habis menghadap tablet atau telefon, kerja nak memukul jer. Kesian abang tu, member dahlah tengah partime job jadi badut. Tapi tak mcam badut pun.


Lelaki berperangai ceria ini mengejar kereta Google dan usahanya tak sia-sia, wajahnya terpampang di dalam Google Street View. Katanya sekarang semakin popular abang ni. Untunglah kalau jual pisang cheese, mesti laris macam pisang goreng.


Ini taktaulah UFO atau kereta Batmobile yang tak sempat bercat. Yang penting keretanya memang pelik.


Oleh kerana kamera yang Google pakai terlalu canggih, situasi dalam laut nampak sangat jernih dan jelas. Kelihatan dua orang peminat sukan skuba riang berenang-renang di situ. Yang belakang dia bebanyak tu dipanggil penyu.


Brader ni memang sempoi. Jamban pun dia letak kat luar. Mungkin situasi dalam rumah terlalu padat dan sempit. Suka kaulah nak letak bawah pokok ker, atas bumbung kereta ker, janji tahi tu tak bersepah.


Foto terakhir ni bukan dari Street View, tapi dari Google Earth, kalau diperhatikan, seperti seseorang sedang menarik mayat ke tepi tasik. ish, seram bila ada teknologi macam ni. Salah tengok, salah cakap, salah taip, mau kena simen.

Dahlah, aku nak cari idea lain. Aku tak harap pun korang terhibur, cukuplah korang memikirkan sesuatu lepas tengok foto-foto tu. Dunia ni luas tapi kita saja yang mampu menyempitkannya.

Khir Toyo & Luahan Terakhirnya : Catatan Di Belakang Tirai Besi


Korang kenal Khir Toyo tak? Tak kenal? Anwar Ibrahim kenal? Tak kenal? Pelik kalau kau tak kenal bekas Menteri Besar Selangor & ADUN Sungai Panjang ni. Sedangkan selalu kau share screenshot Twitter entah sapa-sapa tu, lagi pelik aku dibuatnya. Yang tak kenal kau ambik tahu, yang sahih dikenali dengan pelbagai ceritanya, kau buat taktau. Tak campur politik katanya. Dahlah, korang baca bawah ni yang dipanggil "Catatan Di Belakang Tirai Besi". Luahan Dr. Mohamad Khir Toyo sebelum ke penjara di atas hukuman berhubung korupsi & penyalahgunaan kuasa pembelian lot tanah & banglo bernilai RM6.5 juta pada cuma RM3.5 juta. Hukuman selama 12 bulan / 1 tahun berjalan di Penjara Kajang. Lain-lain info, kau cari kat Google tempat selalu kau sembah tu. Jangan salah info dahlah. Baca luahan terakhirnya.



Tuesday 29 September 2015
CATATAN DI BELAKANG TIRAI BESI
Assalamualaikum dan salam sejahtera,


1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.


2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.


3. Saya tahu sebahagian orang  di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan  mereka.


4. Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.


5. Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan Pendakwa Raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah.  Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin.


6. Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya. Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.


7. Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Ini kerana saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.


8. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.


9. Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.


10. Adillkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.


11.  Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak SPRM sendiri.


12.  Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM 2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (Lihat: Fakta dan Angka Tidak Boleh Menipu)


13. Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.


14. Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.


15. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. (Lihat: Putus Sudah Harapan?)

The Sun


16.  Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.


17. The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor disiytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.


18. Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.


19. Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?


20. Saya tidak fikir ia sekadar soal “good governance”, kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya. Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.


Kuil


21. Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Keskuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru.

22. Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan di situ hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

23. Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

24. Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai Menteri Besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar. Di bawah pentadbiran saya juga Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.


Penyapu


25.  Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri “Anugerah Penyapu” kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor. (Untuk huraian panjang sila lihat artikel lama: Padah Penyapu atau Padah Sikap Kita?)


26.  Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.


27. Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan En Tukiman Nail, bekas Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.



Setinggan


28. Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan. Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan; (i) memberi penempatan yang lebih baik, (ii) menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan, (iii) memberi subsidi RM 7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.


29. Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor.


30. Jika ada hayat dikandung badan, in sha Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.


Wassalam.

Khir Toyo & Luahan Terakhirnya : Catatan Di Belakang Tirai Besi.
Dipetik dari blog rasminya di http://www.drkhir.com/


Tuesday, 29 September 2015

Trend Pelik Orang-Orang Asia!

Kau tengok ni, trend kat Asia dah macam-macam. Orang Malaysia boleh bangga dengan pisang cheesenya, trend screenshot perbualan dengan balak, trend hisap vape. Ni dekat Asia, kau tau Asia tak? Asia tu salah satu benua dalam dunia. Kita ni Malaysia dalam Asia, tapi di bahagian Asia Tenggara. Jangan kau taktau. Dah, kau pergi langgan data sekarang, lepastu tengok video ni. Takpun tunggu malam sikit, pakai wifi mamak. Kalau tak, sia-sia jer ko pakai Iphone 6S tu.




Kau dah tengok belum? Itulah aku malas pos video, sebab bukan kau tengok pun. Hmm. Dahlah, aku nak pergi beli topup, bagi kat korang. Kesian, ada duit pergi makan McDonalds, belanja awek simpanan, apa kau dapat.